Monday 3 February 2014

Ujian dan keadilan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah S.W.T sememangnya Maha Adil.
Ada insan dianugerahkan dengan kepandaian dalam pelajaran, namun diuji dengan kesunyian.
Ada insan dianugerahkan dengan kepintaran bersosial, namun diuji dengan cita-cita yang tidak kesampaian.
Ada insan dianugerahkan dengan keluarga yang sangat happening dan sporting, namun diuji dengan kekurangan dari segi akademik.
Ada insan dianugerahkan dengan fikiran yang luar biasa, namun diuji dari segi kewangan.

Dipendekkan cerita, semua perancangan Allah itu sebenarnya amat teratur dan indah. Yang penting kita hanya perlu bersyukur dan bersabar, kerana sesungguhnya harta yang paling bernilai dalam diri manusia adalah sifat syukur dan sabar. Usahlah merungut dengan kekurangan diri dan kehebatan orang lain kerana pada hakikatnya kehidupan kita di dunia ini sama sahaja, yang membezakan kita hanya ilmu, iman dan taqwa.

Ya, memang benar, semakin kita ingin berubah, semakin banyak ujian yang menimpa. NAMUN, kita haruslah bersabar, jangan cepat mengeluh dan jangan cepat berputus asa. Walaupun dari sudut psikologi kita tidak patut menyuruh orang yang mengalami tekanan untuk bersabar, tetapi hakikatnya itulah jalan keluar yang terbaik apabila menghadapi ujian. Dan yang sebaiknya, kita sepatutnya mengajar mereka mengenai cara untuk meningkatkan kesabaran. Lagi pula, memang hidup kita ini akan dipenuhi dengan ujian. Mengapa? Sebab pertama, kerana ujian lah yang menunjukkan Allah masih sayang akan hamba-Nya. Kedua, melalui ujian lah Allah akan menentukan siapakah antara hamba-Nya yang paling baik amalnya, seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mulk ayat 2,

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. "
(Al-Mulk, ayat 2)

Dan Allah juga memang telah menyatakan bahawa orang-orang yang besabar memang akan memperoleh kebaikan dan kelebihan seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 155,

"Dan kami pasti akan manguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR,"
(Al-Baqarah ayat 155)





Melalui ujian lah kita akan lebih sedar akan kekurangan diri dan ingin lebih dekat kepada Allah. Masa itulah kita akan merintih menangis memohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah.. Bayangkan saja jika hidup kita tidak dilanda ujian, pasti kita, insan yang sering alpa dan leka akan terus lalai dengan kenikmatan dunia lantas terus jauh daripada kasih sayang Allah.. Inginkah kita menjadi sebegitu? Nauzubillah.. 

Tetapi ingatlah, apabila sesuatu ujian telah reda, janganlah pula kita lupa kepada Allah yang telah membantu dan memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya. Bersyukurlah dan teruskan beramal ibadat serta istiqamah untuk terus berada dalam penglihatan kasih dan sayang Allah.. Insya-Allah...   


No comments: