Friday 30 May 2014

YouthACE 2014 - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Semangat Al-Fateh : Membuka Kemenangan Hari Ini - Ustaz Syaari Rahman

Talk ini menceritakan kronologi di sebalik kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membuka Kota Konstatinopel.Kunci UTAMA kejayaan tersebut adalah semangat PERCAYA yang ada dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya. Sudah terbukti daripada kisah para sahabat nabi sejak dahulu lagi bahawa orang yang sentiasa PERCAYA akan berjaya. Contohnya seperti kisah Saidatina Siti Hajar yang percaya akan bantuan dan rahmat Allah lantas dia tidak berputus asa untuk mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail di tengah padang pasir.

Kota Konstantinopel, yang mempunyai gereja yang bilangannya melebihi bilangan hari dalam setahun, sememangnya telah kebal selama 1126 tahun daripada 29 kepungan. Untuk kisah lanjut mengenai kekebalan Kota Konstantinopel boleh baca di sini --> Kekuatan Kota Konstantinopel

Kemenangan yang diperoleh oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sebenarnya telah banyak dibantu oleh para sahabat terdahulu, yang berjuang menentang kaum Musyrikin sehingga berjaya menyempitkan Empayar Byzantine. Saiz Empayar Byzantine yang telah kecil sehingga yang tinggal hanya Kota Konstantinopel itulah yang membantu pasukan perang pimpinan Al-Fateh untuk maju. Selain itu, kestabilan kerajaan Uthmaniyyah dan juga pendidikan yang diterima oleh Al-Fateh daripada guru-gurunya seperti Mollah Gorani dan Syeikh Aksemseddin juga menjadi pendorong kepada kejayaan Al-Fateh. Dan faktor yang paling utama pastilah sifat PERCAYA yang ada dalam diri Al-Fateh, kepada hadis Nabi  

"Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jadi kesimpulannya, Ibrah yang boleh diambil daripada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh adalah semangat PERCAYA yang ada dalam diri beliau. Melalui semangat PERCAYA itu, kita dapat lihat hasil yang bakal kita peroleh dari awal, kita dapat merancang strategi-strategi yang sistematik, dan kita juga dapat bina kekuatan daripada pelbagai aspek seperti emosi dan spiritual. Semangat inilah yang patut kita, pemuda-pemudi zaman sekarang semaikan dalam diri agar cita-cita kita untuk menjadi khalifah di muka bumi, dan membantu ummah akan tercapai, lantas menyumbang kepada kemenangan umat Islam suatu hari nanti, In shaa Allah.. Dengan semangat PERCAYA ini, kita mampu untuk menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dalam hidup, dan terus gigih berusaha untuk mengejar cita-cita kita. Wallahua'lam..

p/s : Ini hanya rumusan pendek kisah pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Kisah penuh, boleh rujuk --> Sultan Muhammad Al-Fateh 
 




No comments: