Sunday 11 May 2014

YouthAce 2014 - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

All this while, I never know what is 'YouthACE' or 'TeenACE' all about, until one day, my third brother whatsapp me about this programme. He asked me whether I'm free during that time (10th May 2014) and want to go there. At first I was a bit reluctant as I think it was like a usual 'ceramah', but after know that this programme is under Langit Ilahi (Hilal Asyraf's company), I decided to go. To avoid myself feeling lonely, I asked my friend, Nadia, to accompany me as she is Hilal Asyraf's fan, and she is the one who introduced me to Hilal Asyraf before.

More introduction about the YouthACE can be read here :- http://langitilahi.com/consultancy/youthace/

Overall, YouthAce 2014 was an AWESOME programme. Alhamdulillah it went smoothly even though there were about 1500+ participant. These were some of the points that I got from this programme :-

1. Pemuda dan Perubahan - Hilal Asyraf

"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."
(Surah Al-Kahfi, 18 : 13)

- Pemuda : Golongan yang sepatutnya muda pada jiwa dan tubuh. Jangan hanya muda pada tubuh, namun tua pada jiwa - contohnya seperti golongan muda-mudi yang tidak larat melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dilakukan, hanya tahu duduk di katil bersama teknologi.
- Perubahan : Berubah ke arah lebih baik. Tahu tujuan hidup; 1. mengabdikan diri kepada Allah (Az-Zaariyat : 56), 2. menjadi khalifah di muka bumi Allah (Al-Baqarah : 30).

Bagaimana melaksanakan tugas sebagai khalifah? 
  • Jadilah pakar dalam bidang masing-masing, guna kepakaran yang ada pada diri untuk disumbangkan ke arah Islam. Contoh : adakan Hospital tarbawi (tarbiyah), Game tarbawi
  • Kita perlu ubah diri sendiri, tapi pada masa yang sama, perlu tanamkan cita-cita untuk mengubah masyarakat juga, (melalui ajakan dan penyebaran ilmu / dakwah)
  • Sentiasa tanya pada diri, apa yang telah kita buat selama ini? Cukupkah dengan hanya diri sendiri sahaja jadi baik? Nak masuk syurga sorang2 je ke?
  • Jangan jadi hamba pada hiburan, terutamanya hiburan daripada barat (orang kafir). Ya, mungkin kita boleh keluarkan manfaat daripada hiburan (rancangan realiti tv, filem dll) yang dihasilkan oleh orang Barat tersebut, namun, sampai bila kita nak ambil manfaat daripada hasil kerja orang kafir? Sampai bila kita nak ambil pengajaran daripada golongan yang tidak menutup aurat? Di manakah filem2 Islam yang dihasilkan oleh orang Islam sendiri yang kita boleh dapat manfaat daripadanya??
  • Tokoh2 Islam dalam sirah Islam masih banyak yang boleh kita jadikan teladan, jadikan inspirasi, contoh seperti Usamah bin Zaid. 
  • Fahaman yang silap : Kalau tak ada harapan, nak usaha (ubah masyarakat) buat apa? Silap kerana Nabi Muhammad sendiri suruh sampaikan ilmu dan tanamkan benih dakwah tanpa henti walaupun dunia dah nak kiamat.
  • Tugas kita adalah untuk menanam benih dakwah, berusaha dan membina, yang selebihnya seperti hasil, sama ada berjaya atau tak, semua itu adalah urusan Allah, serahkan kepada Allah.
  • Ambil Ibrah daripada kisah di sebalik syair daripada Muhammad Iqbal tentang sistem yang ditinggalkan orang kafir kepada umat Islam - Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut, dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam,
  • Ambil Ibrah daripada kisah Nabi Yunus - kita tak boleh asyik salahkan orang lain, kita sendirilah yang perlu sering muhasabah diri dan sesali diri, tidak putus asa daripada ujian Allah. Jika Nabi Yunus tidak menyesali diri dan memohon keampunan Allah, Allah akan membiarkan beliau mati di dalam perut ikan nun itu, padahal kaumnya telah pun beriman.

End of part 1. There were a lot more sessions in YouthACE 2014 which I'll share the points in the next post. Insya-Allah.. =)

#semogaAllahredha =)


p/s : sorry if the points are too simple..

No comments: