Sunday 22 December 2013

Seloka Lawrencium... =)

Bismillahirrahmanirrahim...
Here's one of my masterpiece that I wrote around August this year. I just love to write this kind of masterpiece..It's interesting.. I've made one during primary school, and when I was in form 3, I made a class video.. So for the form 5 session., here it goes... =)

Seloka Lawrencium….

Ini seloka gurauan dari kami,
Ingin bercerita tentang kelas 501 KFC,
Inilah kisah keluarga kecil kami,
Dipimpin guru kelas, Cg. Fairul, yang baik hati.

Muhammad Azim President kami,
Sangat optimis, dialah bakal doktor gigi,
V.P kami Nadia Asri,
Gelarannya Oopet, kami yang beri.

Kecil-kecil dah pandai berpoilitik,
Itulah Si Genius Hazim Afifi,
Dalam kelas kami ada Exco Akademik,
Dialah Wan Muhammad Ashraf, bakal ahli sufi.

Rostdan Akhir penyeri kelas kami,
Jangan main-main, dialah V.P LDP!
Sangat berseni, itulah Qayyum Qamari,
Dalam diam dia jadi pakar ICT!

Matanya sepet dan berkaca mata,
Itulah Ariff Adham yang diam-diam ubi berisi,
Seorang lagi teman yang juga berkaca mata,
Sangat sarkastik orangnya, dialah Ahmad Fitri.

Hidupnya bolehlah dikatakan persis anak raja,
Dialah Qawiem Alif Petra yang sangat rileks orangnya,
Dalam bab tidur dialah jadi raja,
Bermimpi untuk ke awan, Othman Ariff lah namanya.

Bangganya kami sebab ada sasterawan,
Dialah Amirul Iqmal yang gah di medan bahasa,
Dalam bola jaring tiada yang boleh lawan,
‘Shud the Sharp Shooter’, atlet yang berbisa.

Dalam kelas kami pon ada ramai orang Korea,
Yang sangat suka berceloteh, namanya Nabila,
Seorang lagi yang comel lagi pandai bergaya,
Mai dari Beseri itulah Adleen Rushda.

Walaupun pendiam tapi hebat orangnya,
Bakal arkitek, Hani Nasuha namanya,
Putih melepak macam anak Nyonya,
Ummu Zikriyah, macam ratu orangya.

Ni lagi seorang anak Korea,
Suka tersengih, Faez nama pendeknya,
Satu geng mata sepet dengan Fatin Farhana,
Dialah Exco Kebudayaan yang sangat tabah orangnya.

Izzati Ibrahim mai dari Penang,
Suka bersendiri, mencari identiti diri,
Amira Rahim pun anak kelahiran Penang,
Bercita-cita tinggi nak jadi ahli farmasi.

Sentiasa positif, namanya Fatin Nabila,
Merah terang itulah warna kegemarannya,
Sangat minat akaun, namanya Sharifah Nabiha,
Turun riadah itu memang hobinya.

Nak lagi bangga, kelas kami ada olahragawati,
Itulah Nazhatul Najihah yang tinngi macam lidi,
Kecil molek orangnya, selalu merendah diri,
Itulah Nad Sidek, boleh jadi isteri mithali.

SPM 2013 itulah destinasi kami,
Nak dapat Straight A+ itulah matlamat kami,
Ayuhlah 501 Lawrencium, kita bersatu hati,
Gegarkan seluruh maktab dengan result kita nanti!

Sampai sini sahaja seloka dari kami,
Kalau ada salah silap kami susun 10 jari,
Setiap kenangan pastikan tersemat di hati,
Moga bertemu kembali pada suatu masa nanti.

Insya-Allah… =)








No comments: