Bismillahirrahmanirrahim..~
Assalamualaikum semua.. Terlebih dahulu aku nak ucap Salam Maulidur Rasul.. Hmm...rindu Rasulullah.. <3.. Aku takut tengok zaman sekarang..makin banyak perkara yang tak elok berlaku.. Aku harap sangat, kita sebagai umat akhir zaman sama2 lah menghayati perjuangan Rasulullah dan sentiasa mengikut sunnah Rasulullah.. Kalaulah Rasulullah masih ada, pasti baginda sedih tengok keadaan umatnya sekarang..So, sama2lah kita renung2kan ye..
Ok, sekarang nak bercerita tentang 'Hijrah'.. Hijrah bermaksud perpindahan ke suatu tempat atau ke keadaan yang lebih baik.. So, pada tahun 2012 ni, aku akan berhijrah ke satu tempat lain, tapi, tak tahu lah tempat tu lebih baik daripada tempat dulu atau tak..Wallahua'lam.. Doa2 jela tempat baru tu boleh merubah aku ke arah yang lebih terbaik..Insya-Allah..
Ok, sebenarnya, tempat yang aku maksudkan ini ialah MRSM _ _ _ _ _ _ _..huhu..aku terpaksa berhijrah dari MRSM Transkrian, tempat 1001 kenangan tersimpan, tempat aku belajar untuk bangun selepas terjatuh, tempat aku mengenali erti sebenar persahabatan, tempat aku mengerti yang mana kaca, yang mana permata, tempat aku belajar menjadi seorang yang lebih tabah dan matang! Macam2 perkara yang aku dah belajar di Transkrian, dan aku bersyukur kerana berpeluang menjadi salah seorang daripada warga Transkrian..
Ya Allah....Berat rasa hati nak tinggalkan Transkrian.. Sangat2 berat..Rasa macam ada bergelen-gelen air dan batu dalam hati aku ni.. tapi, aku terpaksa.. Kalaula En. S _ _ x buat pengumuman kat atas pentas dan depan semua warga maktab pasal pkp ni, aku memang dah tolak tau.. Hmm..hanya Allah yg mengerti maksud sebenar aku ni..
Ramai yang pelik kenapa aku nak tolak?? Sedangkan ini bagaikan satu peluang keemasan..dan amatlah B****** org yg tolak tu..[bak kate seseorg la].. But friends, truely, I know myself.. I'M NOT LIKE WHAT YOU THINK because you just see me on the outside, not inside.. Deeply inside my heart, I know the real me.. Aku tak tahu korang faham ke tak maksud aku tapi yang pasti, hanya Allah Maha Mengetahui..
BUT, EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON.. Setiap perkara yang terjadi pada diri kita, bermuhasabahlah.. Renungkan hikmah yang terselit di sebaliknya.. Mungkin ini anugerah Allah untuk aku berubah dan atasi kelemahan aku tu.. Ok, aku redha.. Kali ni, walau apa pon ujian dan dugaan yang aku terima, aku akan hadapi dengan tabah untuk kebaikan diri aku sendiri.. Apa-apa pon, hanya Allah tempat mengadu, dan hanya Allah tempat memohon pertolongan.. And thanks a lot to those who keep supporting me.. Aku sayang korang sangat2..and to the teachers, I'm so sorry because I cannot stay there anymore..Sincerely thanks for everything from the bottom of my heart..and I'LL NEVER EVER forget everything about TRANSKRIAN.. <3 <3 <3
So, in life, we need to keep moving forward! Seperti seorang kawan aku kata, 'AIM TO THE STAR, IF WE FALL, WE STILL REACH THE MOON'..hehe..[ada persamaan ke dengan semua benda yang aku cakap ni?? -.-"] Papepon, kata2 ni still memberikan motivasi kan?
Ok, till here for today.. Doakan aku berjaya menyesuaikan diri di tempat baru ye! Amin..I'll wajib try the best in _ _ _ _ _ _ _ _.. Insya-Allah.~
No comments:
Post a Comment