Friday 8 February 2013

Satu Kajian Pendapat...~

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, kali ni dapat balik rumah, after a tiring month in college... So, how's life for the past 1 month? Well, I can honestly say, my life is OK, just OK.. I've make an improvement in balancing my study and duty, and I'm really grateful about it... Hope it will last longer...

Jadi, berbalik kepada tajuk.. Apa kajian yang telah dibuat? Haha..sebenarnya tak ada kerja pon nak buat benda nih, saja mengisi masa lapang ['lapang' lah sangat kan.. =p] A research had been done to view people's opinion on 'Apakah perbezaan antara suka dan sayang?'

So, here's the result..

1 - Suka adalah perasaan terhadap seseorang yang memberi inspirasi dan tidak serius. Sayang, perasaan ini terbit kepada seseorang yang kita dah kenal luar dan dalam seseorang itu dan menerimanya seadanya..
2 - Suka ramai, sayang seorang je...
3 - Suka : hanya pada luaran, ada masa-masa tertentu. Sayang : melibatkan hati selamanya...
4 - Suka : perasaan girang dalam hati. Sayang : mengasihi / mencintai
5 - Suka = Like. Sayang = Love.
6 - Suka macam biasa-biasa je.. Sayang pulak macam suka gila..
7 - Suka melibatkan minat kepada sesiapa saja.. Sayang pulak, contohnya, hati akan sakit bila tahu orang yang kita sayang, sayang orang lain..
8 - Suka contohnya macam suka makan, tido, dll.. Sayang pulak kepada family dll..
9 - Suka selalunya gitu-gitu je.. sekadar mencuci mata.. Sayang adalah perasaan suka yang terlampau amat terhadap seseorang sehingga kadang-kadang boleh melukakan hati kita...
10 - Suka adalah perasaan main-main je, bukan dari hati. Sayang boleh terjadi dari hati yang luhur penuh ikhlas dan tulus.
11 - Suka adalah perasaan yang masih belum ikhlas di hati. Sayang tu perasaan yang ikhlas di hati.
12 - Suka boleh bertukar jadi tak suka. Sayang akan berkekalan sampai mati....
13 - Suka ni minat (atas faktor tertentu). Sayang ni general ( bukan sebab sesuatu faktor)
14 - Kalau suka, tak semestinya sayang. Kalau sayang, mestilah suka. Suka boleh ramai, sayang tu untuk orang yang betul-betul istimewa..
15 - Suka boleh untuk macam-macam keadaan. Tapi sayang adalah perasaan yang kita tak boleh nak kehilangan seseorang atau sesuatu.

Ha, dah dapat gambaran apa bezanya? Ni ada lagi dua pendapat from my friends which I think its very interesting!


Suka is for someone you can live with.
Sayang is for someone you can't live without.


Daun suka batu.
Daun sayang akar.
Hidup daun bergantung kepada siapa?
Batu atau akar?
Daun akan mati tanpa siapa?
Batu atau akar?
Daun membesar dengan bantuan siapa?
Batu atau akar?
Siapa yang faham keperluan daun?
Batu atau akar?
Jadi, boleh nampak konsepnya di situ? =)

Secara kesimpulannya, suka adalah satu perasaan yang boleh timbul kepada sesiapa sahaja, tak kisah seberapa ramai sekalipun, atas sebab-sebab tertentu, dan tidak serius.

Sayang, boleh disimpulkan sebagai perasaan kepada seseorang yang sangat-sangat bermakna dalam hidup kita. Selalunya timbul terhadap seseorang yang ada 'bond' atau ikatan dengan diri dan hidup kita.

Bagi saya pulak, suka adalah perasaan yang timbul hanya kerana sifat LUARAN atau KELEBIHAN seseorang.
Rasa sayang pulak wujud apabila kita boleh menerima semua KELEBIHAN dan KELEMAHAN seseorang... 
Wallahua'lam... =)

*saja2 je buat benda ni, hilangkan 'ketegangan' dalam study kejap... ok, boleh sambung balik study ni..hehe.. =p